Sunday, February 1, 2009

Selamat Hari Wilayah

Setelah tiap2 minggu, tiap hari keluar berjalan, harini kami decide nak dok rumah dendiam. Hehehe penat kan kalau hari2 berjalan. Kain baju dah tinggi gunung nak iron. Nasib yg nak dilipat tak ada masalah, lepas ja kering terus Cik Jah settlekan. Nak iron ni masalah sikit. Malas sungguh nak berdiri kat iron board tu lama2. Nak duduk lama, lenguh pulak. Macam2 hal la kan...tp tetap  kena buat juga. Tunggu itu mood mari dulu hik hik hik.... 

Esok sehari lagi cuti. Kami dah tak plan nak jalan2 dah. Nak lepak2 kat rumah saja. Pokok bunga kat luar tu pun dah lama tak belek, pokok serai belakang rumah pun dah jd rupa lalang. Nak berkebun sikit petang nanti.

Dulu, masa Cik Jah kerja kat Getah, memanjang cuti umum kami laki bini tak sama. Ada Selangor cuti, Cik Li kerja. Ada Wilayah cuti, Cik Jah pulak kerja. Susah la nak plan nak  kemana2. Tp skarang dua2 kerja Putrajaya, cuti dah tak jd hal. Anak2 pun senang nak diurus, taska Amelyn cuti ikut kawasan Wilayah Persekutuan, Esha yg memang sekolah dlm Putrajaya memanglah tak dak hal. 

Tp rasanya awal thn ni banyak sungguh cuti. Mggu depan pun Isnin cuti lagi kan. Thaipusam kalau tak silap...cuti lagi. Tp mggu dpn mungkin kami tinggal 3 beranak saja. Cik Li kena outstation. Hari Ahad baru balik. Dah tentu Isnin tu nak berehat2 kat rumah. Penat. Tak kesah la macam mana pun. Cik Jah kalau cuti sekejap2 ni nak jalan2 jauh pun malas juga. Dpt pegi Giant pun dah rasa cerah mata dah he he he...

Ok la, nak berehat sat....Ohh lupa pulak, nak buat ucapan sikit...Selamat menyambut Hari Wilayah kepada semua yg tinggal dan berkerja di Wilayah Persekutuan. Semoga Wilayah Persekutuan terus makmur dan majulah hendaknya. Aminnn....

No comments: