Tuesday, April 7, 2009

lawatan ke taman2

Hhe he he story ni bukan takat basi, tpi dah berkulat. Saya baru ada mood nak update. Cuti ujung mggu 2 hari dok rumah pun makan & tdor ja kerjanya.

Ok, nak cerita, Khamis lepas semua frontliner jabatan landskap kena pg melawat tman-tman di Putrjya untuk mendapat pendedahan yg lebih mendalam. Sebab ada yg tau hal taman sendiri saja tp taman org lain tak berapa arif la gitu, so kali ni semua kena tau. Semua PA2 landskap pun dijmput sekali.

Ok jom layan gmbar .....

Mula2 ke Tmn Wawasan. Tekun ok dengar taklimat. Tengah semangat la katakan, di awal pgi.

Semua pun gumbira lagi.

Saya baru tau kat sini ada pandai buatan. Cantik view dari sini. Yg nampak ada banglo seblah sana tu rumah Ketua Hakim Negara kalau tak silap. Katanya pantai ni boleh la kalau nak turun celup2 kaki. Tp kami tak dibagi turun pulak haritu. Just tengok dari atas bas.

Lepas settle Tmn Wawasan, kami ke Tmn Warisan Pertanian pulak. Tmpt ni dah biasa pegi tp pun tak pernah la smpai ke tmpat proses getah kat atas sana. Kali ni semua pun kena tengok. Time ni la yg paling hazab skali sebab kena jalan kaki ke atas. Nak naik buggy tu tak cukup la pulak, ramai kan. Tp kalau org luar dtg nak melawat, boleh sewa buggy, tak mahal pun. Kalau buat booking dulu RM 12, kalau just walk-in RM 20. Kalau nak ada tourist guide sekali pun boleh. Lain pulak la chargenya. Tp tak mahal. Nak tau lebih lanjut sila berkunjung ke TWP...waaahhh gitu promosinya hehehehe .

Sepanjang jalan kiri kanan jumpa macam2 la pokok herba, pokok buah. Jakun pun ada gak kadang. Pokok itu ini tak kenai, tp buahnya kenai...


Jalan nak naik ke atas. Tak rasa lagi penat walaupun bertangga.


Sengih la sengih....gumbira terlepas dari ofis kesahnya he he he...


Ni pokok kulit kayu manis ye anak-anak. Potong2 kulitnya jemur, jd la gulung2 hik hik hik.

Ni pokok misai kucing. Tengok bunga putih tu cam misai kucing kan.

Ni namanya pokok pisang durhaka. Ka derhaka???. Ok samalah maknanya. Sebab apa durhaka?. Sebab tengok jantung dia naik tumbuh ke atas wakhakhakhak....ehh betui la tak tipu. Tp cam lawak, sebab tu saya gelak. Jantung naik ke atas langsung kena gelar durhaka. Tp lawa ada mcm2 kaler, ni merah dengan purple.


Ni pokok jambu madu. Cam kena karan pun ada rupa pokok ni. Kalau p TWP yg dekat tmpt makan kat bwh kadang ada jual buah buahan tu kadang hasil dari tanaman kat atas ni la. Pokok jambu ni jd rupa ni sebab diorang potong/pangkas daun belah atas supaya buah akan lebat sebelah bawah, nak petik pun senang tak yah guna galah. Boleh petik ngan tangan saja. Kiranya pokok ni jd cam kena karan ni tekniklah...apa nama teknik ni kurang arif la pulak saya.


Time ni masing2 dah sesak napaih...jalan naik bukit tu.


Risau juga sebab bwk mak buyung baju itam ni sorang. Mau sakit perut kat atas tu naya saja.


Nasib seblom turun dari bas, saya dah tukar pakai slipar he he hehe.



Lepas tu kami ditunjukkan pulak demo cemana getah diproses. Walaupun dulu 5 thn saya kerja dengan Getah, tapi saya tak pernah diberi pendedahan macam ni. Mesin getah yg lama tu pun rasanya cam tak pernah tengok. Jakun ok.

Baru toreh.

Getah ni apa nama eh...alahai...lupa pulak. Ok la getah ini lah dibekukan kejap.

Keluarkan dari bekas, tekan2 dengan tangan bagi keluar air2 tu semua. Bukan tekan sukati ja ok, ada teknik la.

Lepas tu baru gelek dalam mesin ni. Ada dua jenis mesin. Gambar kiri, untuk mendapatkan ketebalan yg standard kalau tak silap. Yg belah kanan ni dia mcm bercorak2 skit getah keping tu nanti jdnya. Mesin yg belah kanan ni juga untuk mengeluarkan semua sisa2 air yg ada. Tangan kena hati2, termasuk dlm mesin tu abih laaa....Uncle yg buat demo tu tangan dia pernah masuk dlm mesin. Tp mesin yg mana satu ntah la, kemek oo jari dia. Tp idak la Cik Jah tengok kemek rupa mana.

Lepas tu jemur la.

Tak pun masuk la dlm rumah api. Busssukkkkkkkkkk.



Kat sebelah rumah api tu ada rumah contoh dulu2. Cantikkkk sgt la rumah ni. Guna kayu cengal sepenuhnya. Eh ya ka kayu cengal...cik kasihhhh tolong....tp best la rumah ni, sejuk ja.

Ada gerek (basikal) sebuah dpn rumah nih. Nak naik cam tak panjang ja hayat basikal tu he he he....so pegang jalah skit hiksss.

Lepak2 lepas penat.

p/s: Ada lagi entry lain akan menyusul lepas nih....tengok la malam nanti kalau rajin he he he.

No comments: