Friday, May 22, 2009

Keikhlasan Hati

Sekejap saja dah sampai hari Jumaat. Hari ini, hati saya agak tercalar kerana satu perkara.....Saya kecewa dan berfikir-fikir kenapa begitu jadinya.....tp benda yg lama jgn dikenang....Saya cuba lapangkan hati, bersihkan jiwa. Saya juga ingat pesanan seseorang, memberi dan menerima kemaafan dengan ikhlas, hati akan tenang.
Mungkin ada org memberi pertolongan dengan seikhlas hati, mungkin juga ada yg memberi pertolongan tp mengharapkan pulangan disebaliknya. Semuanya bergantung pada hati. Pada saya, kalau kita memberi pertolongan sekadar untuk diungkit pada kemudian hari, apakah manfaat yg akan kita dpt. Berilah pertolongan setakat termampu dan seikhlas hati.

Walaupun tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima, tapi adakah memberi dgn hati yg tidak ikhlas itu mulia?. ....Semua manusia tak sempurna. Masing-masing ada melakukan kesalahan. Kenangkan salah silap sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain. Mungkin ada sebabnya seseorang itu menjauhkan diri dari kita. Mungkin juga dia tak berniat begitu.....mungkin memang sebab salah kita sendiri semua itu terjadi?...Semuanya mungkin.....

Hanya Tuhan yg tau niat hati..Semoga hari ini menjd hari yang lebih baik buat kita semua berbanding hari2 semalam. InsyaAllah.

2 comments:

alladiin said...

relax beb... mmg hidup akan dihujani dgn benda2 yg tak menyenangkan agar hidup cukup ramuannya.. taklah monotenous je.. cool k..

Cik Jah said...

en. ashri - thanks...saya cool je cuma agak sedih la bila benda2 ni terjadi....