Dah lama saya tak masuk blog sendiri. Nak update apatah lagi. Tak berselera langsung.....sekarang pantang ada masa terluang, saya nak tdur saja. Tidur lebih nikmat dari update blog kesahnya. Semalam cuti 2 hari pun memang saya habiskan dengan tidur. Kemas rumah sikit2, buat laundry skit2. pehtu tdor. Bangun tengok tivi dan tdur lagi. Selera mkn pun tak ada sangat. Nak berjalan2 apatah lagi. Tak teringin langsung.
Skarang pulak penyakit mcm2. nak keluar pun takut. Last week Esha demam. Dua hari ponteng skolah Khamis dan Jumaat. Risau juga. Dia jarang sakit, sekali sakit memang teruk la. Langsung saya pun EL hari Khamis sebab jaga dia. Masa tu Cik Li masih kat Sarawak. Sebabkan saya memang sediakala malas nak keja heheheh Esha pulak demam, tanpa berfikir panjang saya pun SMS bos ckp saya EL......Duduk la rumah dengan Esha dan Elyn. Tp saya ada nurse kecik yg membantu. Pot pet pot pet mulut dia. Kakak mkn ubat, dia nak mkn ubat, kakak demam dan dan tu dia pun 'demang' gak he he he.....siap masa pegi dr, dia yg lebih banyak ckp 'ni demang, ta der ubat'...smbil dia tunjuk kat kakak dia..heheheheh tergelak dr. tu. Tah mana dpt ckp banyak g kat belakang pun tah la.
Saya pun tak tau bila penyakit tdor saya ni akan hilang..hehehe jgn smpai 9 bulan pun masih kuat membuta dah la....naya. Lemau jdnya. Saya dah try buat benda lain selain tdur, macam tengok tivi ka, baca novel ka. Tp kesudahannya tdor juga.
Skarang ni, bos2 tengah meeting. Hari isnin, biasalah mood pun ala2 ja. Mata saya pun hampir tertutup dah nih. Dpt lelap 15 minit pun jdlah ni....dah mcm2 saya buat dah nih. Naik kebas dah gigi lidah segala gigit gula2....gigit ok bukan hisap2 lagi dah. Confirm tak ada ubat lain selain TIDUR !!!!
1 comment:
kuikuikuikui...
tdo jerlah cik jah oi...
Post a Comment