Wednesday, June 4, 2008

jalan-jalan

Balik kerja smalam petang teringin sngt nak rasa sate rusa. Semuanya angkara lepas baca kat blog mya, hehehe salahkan orang lak kan. Terus Cik Li bwak ke Taman Warisan. Mula nak makan sate ja, sekali tergoda ngan roti john + bihun sup..huhuhuh...diet ke hapa camtu.

Makan smpai sengkak....nak joging konon..tambah kalori ada la. Tp malam smlam Cik Jah tak makan tau....kenyang tak abih lgi. Apapun sedap la sate rusa tu...huihh meleleh ayaq lioq.

Budak kecik ni seperti biasa, ada makan diam la, nak bagi dia diam bagi la makanan..hehehehe

Budak ni nak suruh makan kena ugut2 ok..hohhhh susah makan sungguh dia ni. Yg dia tau minumm..minummmm ja kerja. pastu nanti kalut carik toilet. Manalah Mama dia tak angin kan..
Pastu on the way balik singgah Taman Tasik kat Cyberjaya. Best untuk jogging tmpt nih, orang pun tak ramai. Agaknya hari kerja orang kurang kot.

Dia nampak kakak dia dah kedepan, kelam kabut jalan...kalau lepas tangan tu berlari..hehehe seriau tersungkur.

Amaran ni untuk Cik Li kita.....

Longsor la berapa puluh juta kali pun. Tak yah rebut ngan orang. Tadak orang pun.

Dia tengok kakak naik, dia pun nak, bagi naik ngan kakak....kakak tu punyalah kurus dan mcm belalang dah Mama tengok..hahahahahaha

Bagi dia naik sendiri. Hohhh ketagih la pulak..hahaha dok kerja lari nak naik lagi, tak sempat2 jenoh tahan.

Buai laju laju.....

Mama ngan tak salin baju, tukar pakai slipar ja. beria2 berbuai..hahahah apa Cik Jah pedulik kan...best woo lama tak berbuai camni..

Konon nak jogging. Tp sebab dah isi perut kenyang2 langsung cancel nak jogging.....

1 comment:

sweetheart said...

terlioq la tgk roti john..
lapaq2..
thn ka buai tu..hehehe
peace