Friday, June 20, 2008

report card Esha

Harini pagi2 p skolah Esha amik report card. Hehehe siap gertak2 dia skit kata nak ckp ngan cikgu dia malas buat keja skolah, asik tngok tv, main game. Tau takut, dia asik kata jgn la ckp ngan cikgu, jgn la ckp...pastu asik la mintak hadiah. Kan dah ckp kalau tak bgus jgn haraplah Mama Ayah nak bagi hadiah....so kita tunggu la tengok keputusan dulu.

Punya la tunggu smpai lah giliran kami. Tp bukan cikgu kelas dia, ustazah yg ganti. Cikgu kelasnya bapak sakit kata ustazah tu. Takpalah tak kesah. Cemana anak saya ni ustazah?. Hehehe ustazah tu kata 'ok farisha ni, tp skarang ni menurun skit. Dulu awal2 dia rajin. Skarang ni dah banyak main sebab dah banyak kawan kot' kata ustazah tu...hohhh Mama dia dah jeling2 maut dah nih..hahahaha. Tp sungguh la anak dara Cik Jah sorang ni banyak angin la, ikut suka hati perut dia ja mood tu berubah. Ustazah dia pun kata dia ada mood, mai mood rajin tu rajin la dia, mai mood malas tu dia mula la main2. Tp belajar ok. Mcm ni yg menakutkan. Kat rumah skarang malas betul nak baca buku. Haritu dia bwk balik kertas ujian yg dia dpt tunjuk kat Ayah dia. Dpt markah 100%. Ayah dia tanya 'Esha buat sendiri ke?'hehehehehe soalan tak patut kan...
Nampak ka?..cam kelabu ja...

So tadi keputusannya tu bagus la pada Mama dia ni. Melepasi tahap piawaian yg ditetapkan ecehhhh hehehe...Tp ada gak la Mama dia ni tak puas hati, cam English drop skit, Arab memang tak mau kata apa lah, Mama dia pun bukan reti Bahasa Arab. So dia dpt 84 untuk Bahasa Arab, Agama 90, English 85, BM 100. Math, Sains semua tu masuk dlm program Elite, exam khas lepas ni nanti. So kali ni tak kira. Tp ujian2 yg dibuat haritu semua dpt 90 ke atas. Alhamduillah...Esha ni kena bodek2 lebih skit baru jalan. Tp Mama dia pun kan ada angin jugak, so time okey tu ok la bodek, time tak ok tu huhhh...hehehe lu pikirlah sendri gitu kan.
Dia dpt tmpt ke 2/32. Dok bising2 nak nombor 1, hah dah tu baca lah buku. Ni main ja kerjanya, loncat sana loncat sini, baca buku sikit2 je nak nombor 1 cemana?....anyway ada hadiah jgn risau...adaaa....hehehe Mama kasi mentos sebatang..wakakaka jadi arrr. Kalau tiap kali exam nak beskal, lori segala, tokei barang kemas pun bankrap kan....haa amik la mentos tu. heheheh Tunggu peksa ujung thn pulak kot dpt naik pentas amik hadiah baru la bley bagi hadiah yg berjenis sikit. Buku2 tak buat hadiah. Sebab kalau lalu MPH ka mana ka ada ja buku yg Mama beli.

Esha yang kehilangan gigi bersama hadiah mentosnya...hi hi hi hi.

2 comments:

KaSiH said...

huh..mentos ja..mama hang ni kedeks la eisya..

MAMA ESHAELYN said...

kasih-hahahah ok arr tu dari tak bagi apa2..khakhakhakah