Wednesday, October 8, 2008

Aidilfitri 1429H

Raya kali ni, cik jah kurang selera nak bergambar. Raya pertama ja bergambar, masuk petang raya pertama saja, kamera dan hp terperap dlm beg. Sesekali ja jengok hp untuk tengok kalau ada call dan sms. Kami lebih banyak lepak2 kat rumah. Raya pertama & kedua ada la jalan rumah sedara mara sikit2 mana yg ada. Raya ketiga, petangnya p merisik bakal mak usu untuk pak usu(adik Cik Jah yg bongsu). Raya ke empat dah bertolak balik ke KL. Raya ke 6 Cik Jah dah keja hohoho...

Thn ni pagi raya pertama kami di rumah keluarga Cik Li. Walaupun rumah mentua dan rumah mak Cik Jah dekat2, kami tetap bergilir. Kejap sana, kejap sini, sukahati kami ja nak duduk mana/bermalam kat mana, tak kesah. Kalau kena time rumah Cik Jah banyak sedara mara dtg, kami lepak la situ, pastu nanti kot ada sebelah Cik Li buat prgram apa2 pulak, kami balik la sana pulak. Esha sebab sepupu sepapat sebelah Cik Jah ramai yg sebaya dia, dia lebih suka dok kat rumah Maktok dari rumah Neneknya.



Dengan family sebelah Cik Li. Tema thn ni purple, tp biru pun ada. Belasah jalah...



Lepas dah salam2 raya sebelah Cik Li, kami balik ke Tmn Uda pulak (seblah Cik Jah)....tiap thn kami nak amik gambar kat pondok Tokwan & Maktok ni. Konon tiap thn akan ada gambar view yg hampir sama, cuma baju lain dan mungkin ahli keluarga bertambah. Heheheh tp thn ni tangga kat pondok tu dah ilang. Jgn thn dpn tiang ilang sudah la.


Elyn susah sungguh nak bergambar. Esha senang dan suka bergambar , tp dok cover gigi yg tak cukup pulak hahahahaha. Takpa Esha nanti gigi tu semua dah naik balik sure cun punyalah anak mama.... hi hi hi.


Kami tgh prasan romentik sat he he he.

Di sebalik kemeriahan hari raya, ada jugak kekalutan lain. Ecehh kekalutan konon..ni semua Amelyn punya pasallll....balik kg haritu tatau la apa jd kat dia, dia punya aktif jd double triple. Dah la buas, 'baikkk' la sangat, lasak pulak lagi. Dia tengok sepupu sepapat dia melompat mengelinjat sana sini, dia pun nak buat, tak padan kecik. Pakai baju raya pun sekejap ja comeinya, lepas tu comot. Senangnya salin bagi pakai baju biasa, hah gasak lah nak melasak sgt.



Ni gambar dia tengah memunggah basikal kat rumah nenek, dpt ja basikal tu, naik, tolak2 ngan kaki, cam pandai ja. Mulut pun makin banyak. Garang pulak tu, tak kena gaya jgn la usik, mau dia ngamok tuntut bela he he he.

Sekian la sudah kisah raya kami anak beranak thn ni. Tiada part 1, part II maupun part IV. Hanya part inilah semata2 he he he.

2 comments:

:. iBuAfiQah a.k.a Irnie .: said...

sama tema la plak kita tahun nie kak!
tema ribena gtu....huhuhu

MAMA ESHAELYN said...

irnie - he he he....akak memang suka warna ribena nih. suka sepanjang zaman la kiranya nih hiksss.