Wednesday, December 24, 2008

sakit hatiii

Saya cukup angin dengan kes PTK saya ni. Kalau ikut hati, nak ja saya sumpah seranah org yg uruskan hal  nih. Tp saya masih waras, kalau saya sumpah dia smpai pengsan sekalipun bukan dpt apa. Dpt gado & dpt dosa lagi ada. Silap2 langsung  org2 tu tamau tolong saya. Menyampah  ke kan manalah tau hati manusia.

Kesahnya, masa saya keja  menoreh getah dulu, saya dah  lulus ptk. Masuk PJC patutnya saya dah dpt anjakan gaji. Tp macam2 hal la pulak kan. Nak surat saya buat, attached  result exam sekali dan macam2 lagi  la yg diorang  nak. Ok, settle. Lepas dah hantar surat ke getah, laaaamaaaa baru nak reply. Melekat kat batang pokok getah klon mana satu pun ntah la. Ok tak pa. Saya sabar lagi. Bukan saya terdesak nak sngt duit yg sepatutnya diorang bayar tu, tp saya letih ok  nak tunggu bila saya boleh ambik exam ptk untuk level seterusnya.

PJC tak boleh terus bayar tunggakan yg hampir 3 thn tu kepada saya. Diorang kena dpt reply dari Getah dulu seblom pelarasan boleh dibuat. Getah hanya perlu buat surat mengatakan saya ni pernah amik  exam kat bawah pokok getah pada sekian sekian tarikh mengikut silibus sekian sekian dan keputusan diperakui  sekian2. Itu saja....ke nak saya tolong karang surat tu tah la kan.

Lepas PJC hantar surat tu, saya ada la buat follow up. Smalam saya buat follow up  lagi. Hohh kali ni cukup menguji tahap  kesabaran saya. Orang getah tu boleh kata dia memang tunggu saya call, sebab diorang nak call saya tak tau mcm mana???..Hohhh apakah....sungguh buduh skali alasan itu okk. Seingat saya,  saya dah bagi no contact saya semua siap address sekali. Ok la takpa. Dia kata dia memang nak call saya sebab nak minta saya buat  surat sekali lagi dengan tarikh terkini. Sebabnya surat yg PJC hantar haritu dah lama sgt tarikhnya. Bulan 6...helllooo cik puannn...surat tu memang PJC hantar bulan 6, tp yg awak  tu bulan 12 baru nak  take  action tu hapa kesss?...lepas tu kata diorang nak ambik  action mcm tak best sebab lambat sgt. Saya kata itu bukan salah PJC. Saya pun tak boleh sesuka  hati nak tukar2  tarikh lepas tu sent balik dekat dia. So saya pun terpaksa minta jasabaik kakak di HR untuk tolong saya buat  surat tu sekali lagi. Malangggggnya pegawai yg berkaitan yg boleh sain surat tu pulak tak  ada.  Jumaat baru ada. 

Tensen kan. Tp saya akan  cuba bersabar. Saya akan call lagi untuk follow up seterusnya.  Saya yakin pada rezeki. Kalau betul rezeki saya InsyaAllah ada. Kann???.

Kadang saya terfikir, apa hal la susah sangat diorang ni nak buat kerja?. Cuba kalau kes ni terjadi  kat org besar2...pegawai2 atasan...tak  cukup tanah rasanya diorang uruskan bagi cepat. Saya tak nak kacau bos saya yg dulu untuk minta tolong settlekan  hal ni. Dia pun banyak kerja lain lagi  nak buat. Dah la  harga getah  makin turun skarang. Sure dia pun dah nak  botak kepala pikir pasal industri getah skarang. Saya akan cuba tangani sendiri. Kalau perlu saya bom hr getah tu saya akan buat....kebaboooommmmmmmmmmmmmmmmmm.....

4 comments:

Zimah said...

eish..sian betul kat akak kan?
diarg peram kot surat dari PPj tu..tu yg jd camtu..suke lengah²..
alasan xde no contact tu mmg bongok sgt la..bleh je call PPj kan..tnye no opis akak ker? website kan ade..
org camni pun ade ek..

Cik Jah said...

tulah......angin btul la. buduh sngguh alasan.

TiNiE said...

sabaq pijah..biasala, kes2 ni ceni standard la jadi kat kita..kena folo..folo..folo sampai up up n away...kak tini yakin rezeki pijah takkan kemana...

Cik Jah said...

kak tinie- huhuhu insyaAllah...tp apa pun saya akan folo depa smpai lubang cacing sekali pun...biaq smpai depa muntah tengok muka saya he he he.