Thursday, January 15, 2009

rabun

Saya memang ada masalah rabun. Dari masa belajar lagi. Tp skarang lagi teruk la. Skarang saya hanya pakai spek kalau nak ngadap pc, driving atau bila diperlukan (bila kepala dah pening). Ya, saya tau tak elok mcm tu. Tp kalau pakai sentiasa pun saya rasa tak selesa.

Dulu saya pakai contact lense. Dlm 4 thn lebih kurang juga saya pakai. Tp mata saya tumbuh selaput. Ya tumbuh...cam cndawan tu hik hik hik. Ok, tak kelakar!...serius saya takut masa tu. "Buta dah aku...huhuh" haa gitulah lebih kurang saya bersedih masa tu. Saya jumpa pakar mata kat IOI business centre (dr kat situ hensemmmm khakhkaha ~ ok ok tak dak kena mengena). Uiiihhh garang ok dr hensem tu. 'from today, u tak boleh pakai contct lense lagi, diharamkan!'...wahhh haram pulak dah. Lepas tu dia bagi ubat tu ubat ni, semua kena main titik2 dlm mata. Ada satu ubat tu setiap 2 jam kena titik. Menggagau la Cik Jah sepanjang minggu tu kena bangun mlm2 buta titik ubat. Mana dengan Elyn pun kecik lagi time tu. Kadang dia bangun, lagi setengah jam Cik Jah nak bangun titik ubat...aduiiih sakit kepala oo tak cukup tidor.

Lepas lebih kurang 2 bulan under treatment, selaput tu dah hilang. Tp kemungkinan akan tumbuh balik ada (saya tak tau la nak guna perkataan apa selain tumbuh...cam pokok pulak rasa hehe), kena jaga kebersihan mata sajalah. Dr. pun ckp ada pulak kesan calar kat dlm mata. Kekal!!!. Cacat la sudah. Nasib bukan dekat tengah2 mata, ni dekat mata putih. Dr. Kata kesan tu tak akan hilang. Kalau hilang pun magic dan akan makan masa untuk hilang. Mungkin calar tu jadi waktu proses masuk dan keluarkan lense tu atau pun kena kuku tanpa disedari. Hisshh skarang ni baru nak rasa ngeri. Dulu kalau kena kuku, rasa pedih2, tenyeh2 pulak lagi mata tu skit. Bila merah2 skit 'ohh skit ja nih, satgi ilang arr'...haa ambik habuan.

Dr. pun ckp selaput yg jd kat mata saya ni bahaya sebab ni bukan kes selaput mcm orang2 tua tu. Kalau selaput yg jadi kat mata org tua, itu boleh dibuang. Mcm kes saya ni, saya dikira muda so selaput tu akan jd kekal, so nak baik, cari ja org yg dah mati yg nak derma mata..huhuhuhuh...Dr tu menakutkan saya!!!!.....Langsung saya buang semua contact lense yg saya ada, solution dia casing dia semua saya buang....ada 2 pair lagi yg belum pakai rasanya masa tu. Selamat masuk tong sampah.

Skarang ni kalau keluar2 jalan2 memang saya tak pakai spec. Kembang pun kembang la. View tak sharp. Tmbah kalau panas, silau kan. Bukan nak berlagak cantik ke hapa, tak pakai spec ke pakai spec ke muka saya tetap mcm ni. Cuma tak selesa. Rimas ada benda kat atas batang hidong. Dulu kes saya boleh nak pakai contact lense pun itu sajalah puncanya. Nak ikut pakai spec lagi la jimat. Beli ja seketui tu pakai berapa thn pun selagi suka. Contact lense tiap bulan nak kena beli, banyak belanja ok....

Kadang2 ada org ckp, saya sombong, sebab puas dia senyum sengih saya buat derkkk ja. Wakhkhkahkaha sorrry....kalau org yg kenai, diorang tau dah saya memang tak nampak pun. Tak yah la senyum beria2 ngan saya, confrim rugi ja. Ada tu saya tau org tu senyum, tp saya tak perasan muka, yalah tak berapa sharp kan pandangan mata ni. Nak senyum balik takut dia senyum kat org lain pulak. Malu satgi...kesudahannya senyum skit2 jalah hahahah tau cemana senyum skit2?....cam saya senyum skarang...meh tengok meh hahahaha...

6 comments:

Zimah's Depart said...

eish akak ni..pakai le spek tu..jgn MALAS mau pakai..nnti bleh makin teruk rabun tu dan bleh jd ilang penglihatan tau..ni berkenaan dgn titik fokus kita..sy pakai spek elok je..kat umh xpyh le pakai..bg mata rehat..tp kalo mmg dah x nmpk tu..pakai je la..hehe..

MAMA ESHAELYN said...

memang nak pakai la zimah. tp bila rasa tak selesa tu memang tak dpt buat apa. buang ja senang. huhuhuh..boleh juling ke zimah????huhuh takottt.

Zimah's Depart said...

bleh juling tu xtau plak saya..
tp getting worse la kalo xmo pakai spek..pakai je la kak..memula mmg x selesa..tp lelama ok le..cam saya memula pakai spek dulu..mmg rase x selesa..cam ade menda berat je kat hidung..lelama ok la..kalo xpakai kang..kene kecikkan mata nak tgk jauh..lg parah camtu..silap hari bulan..tembok pun x nmpk..

MAMA ESHAELYN said...

yolah zimah akak pakai la....slow2 la..he he he he wei tembok pun tak nmpak tu buta. akak rabun la zimah..huhuhu. ko ni menakutkan akak tau.

Zimah's Depart said...

hahaha..tu kata² motivasi kak..
kena amik iktibar tuh..

[yAN!e][pUTraJAya] said...

akak...
nanti kalau jumpa yanie...
pakai spek k..
kang tak kenal lak yanie..

hahahha

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥


*********************************