Wednesday, February 4, 2009

kari

Semalam balik kerja, tengah2 pikir nak bagi anak & laki mkn apa, sekali Cik Li kata nak makan kari sardin. Ok la tu, Esha pun suka kari. Ermmm tapi saya tak pernah masak kari sardin. Kari biasa ada lah. Ok tak pa, kita cuba eh. Tp sblom tu saya tpon kakak saya 'kak bok, kari sardin boh santan dak???'. 'Dah nama pun kari boh la santan', Kak Abok jwb. Oooo gitu...ok.

Rempah kari dah ada belambak kat rumah. Haritu saya pegi pasar borong Selayang, saya dah jumpa rempah yg mak saya selalu guna kat kg. Rempah kari cap 'O'. Org kedah tau la rempah kari ni. Ka org Alor Setar ja yg selalu guna. Tak pasti. Kat pasar borong Selayang pun satu gerai tu ja jual rempah cap tu. Memang sedap.

Smpai ja rumah terus saya bersilat. Buat kari sardin + telor dadar. Tak smpai sejam siap semua. Terus bagi Esha makan seblom dia p mengaji. 'Sedapnya ma, kat hotel pun tak sedap mcm ni', tah sebilanya dia p makan kari kat hotel pun ntah la. 'hahh makan cepat, nak p ngaji. Jgn bodek mama banyak2 satgi mama pening', saya jwb. Sebenarnya nak suruh dia berenti becakap. Esha ni kalau dah bercakap, non stop, makan tak abih2. Tp serius kari itu adalah sedap, Cik Li pun kata sedap (berani dia nak kata tak sedapppp....khakahkahkah).
Sebabkan smalam saya masak seperiuk, pagi ni ada balance. Saya bwk la bekal kari tu + roti 5-6 keping, nasik putih pun bwk juga. Dan dah selamat pun semua benda tu dok dlm perut saya dan kawan-kawan. Makan roti cicah kari secara berjemaah memang sedapppp.

Catatan CJ : Tak sempat nak ambik gmbar kari yg sedap sgt bak kata Esha tu sebab terlalu sedap, abih cepat, mana nak smpat snap gambar....muhahahaha. Sebab saya jarang2 memasak, sekali memasak saya amat kagum dengan diri sendiri hik hik hik. Silalah kagum juga dengan saya.

7 comments:

Diamilikku said...

sedapnya kari sardin..nak nak campuq ubi kentang..hohohohoho...sedap banget wehhhh...terliuq aku...

KaSiH said...

betul ke sedap?? ahahah mcm iklan pulak...aku jgn kan dpt rasa..bau sipi2 pun jauh sekali...humph..!!

Dakjaat™ said...

ui! pelahapnyer.. sampai tak sempat nak amek gambar. . wakakaka! ;p

Mya said...

kari sardin? awat aku mcm tak penah dengaq jaa??

Cik Jah said...

Sone - hak hak hak memang campoq ubi..errkk hang terlioq?ni aku risau ibungandung terlioq nih....

kasih - sedapppppp gila natt...errkk alamak dah abih...len kali aku buat kat hang eh.

dakjaat - hahahah kitorang memang kuat mkn...

mya - he he he aku pun baru dengar.hahah tu baru try masak. kari yg menggunakan campuran sardin dlm tin.

madulebah said...

Weh aku dah pernah buat gak. Tapi tak boh santan. Lagi sedap. 'Kau-kau' punya. Nak guna rempah Baba's pastu boh kentang lagik

Cik Jah said...

Cik Madu - Kalau tak boh santan, nanti pedas tambah rempah baba tu agak pedas. Anak haku tak bley la pulak makan he he he.