Friday, February 6, 2009

petang jumaat

Petang tadi, Cik Li terpaksa pass Esha kat saya sebab dia ada shooting petang. Tak sempat nak hantar Esha balik ke nursery kat rumah.  Kalau tak memang letak Esha transit kat sekolah Elyn. So tak apalah. Hari jumaat kan pendek. Lepas lunch break tu kejap dah balik. Bos pun tak ada kat office boleh la Esha menempel sat. 

Tak sedar waktu mana dia ambil gambar ni. Mulut dia pot pet pot pet...suruh buat homework benda lain yg dia buat. Bila dia sedar dia bercakap saya tak layan dia tanya 'ehh Esha ckp dengan siapa ni....' he he he ngan dindinggg mama tgh concentrate nak abihkan keja...

Cik Li kata seblom pukul 6 habislah kerja dia. Mula tu dia nak bagi kereta sebab suruh balik dulu. Nanti saya kena la jmput dia pulak kat Putrajaya atau kawan dia hantar dia balik rumah.Tp saya ni amatlah malas drive he he he penyakit yg memang tak boleh diubati. So saya tamau, saya sangguplah tunggu. Saya ckp sementara nak tunggu dia tu saya nak jalan pegi pasar tani dengan Esha. Cik tanya 'tak jauh ke nak jalan?'...'alahh dekat ja, dulu dah selalu buat, tengahri lagi kami jalan panas2 tu ramai2 p pasar tani'....dengan konpiden saya jwb. Betul, masa baru2 pasar tani ada dulu, boleh kata every week kami jalan kaki ke pasar tani. 

Jalan la kami dua beranak. Lalu celah bangunan so tak terasa la jauh. Tambah pulak mulut Esha yg macam radio yg tak boleh off, sepanjang jalan dia bercakap. Tak la bosan sgt. Ada ja idea dia nak bercakap. Layankan sajalah.

Tah apa tah dia cerita. 

Sampai pasar tani, tiap lorong kami lalu, tiap gerai kami belek. Sebab ada banyak masa kan...beli makanan skit, lepas tu kami lepak kat bangku tepi2 jalan tu makan makanan yg dah dibeli. Tepon Cik Li, dia masih kat bangsar...pukul 6 lebih masa tu. Hohhh apakahh....mau smpai maghrib kat sini nih. Esha dah mula jemu, dia ajak patah balik ke office, sebab kat office dia boleh main game kat pc. Ohhhh jgn cari pasai la nak patah balik. Tak lalu dah nak berjalan. 

Dia dah boring gila. Macam2 dia suruh buat. Tangkap gmbar dia la. Dengar dia baca buku cerita la...

Dipaksa posing smbil makan coco crunch tak sedap. Lemau...

Last2 dia buat keja sekolah kat atas bangku tu. Punyalah lama tunggu Ayah dia tak smpai2. Cik Li ambik kami pkul berapa tau?????..PUKUL 730 ok....tu pun sempat la seblom Cik Li smpai, kami tawaf pasar tani tu seround lagi. Punyalah tak tau nak buat apa. Time ni la baru nak rasa menyesal tak amik kereta dan balik dulu...huhuhu. Smpai ja kat sekolah Elyn, tinggal dia sorang ja yg belum balik. Cikgu dia kata, dari maghrib dia dah menangis. Sebab dia tak pernah balik lewat. 

No comments: