Ehhh tiba2 harini saya baru sedar rupanya semalam 5.2.09, anniversary saya dalam perkhidmatan awam...cemana saya boleh lupa nih. Selalu tiap thn saya tak pernah lupa. Dah 8 tahun saya berkhidmat untuk negara cewwah...Di PJC ni dah genap 3 tahun, seblom ni di getah 5 tahun. Anniversary kerja lebih kurang ngan anniversary kawin sebab lepas saya kawin 2 minggu, saya report duty di getah. Inai pun penuh lagi kat tangan.
Tarikh saya masuk getah dan masuk pjc adalah sama so mudah nak ingat. Harapnya PJC ni adalah tmpat terakhir saya akan berkhidmat. InsyaAllah tak akan pindah mana2 lagi dah kot.
Teringat time report duty kat getah 8 thn yg lepas, Cik Li temankan saya. Jumpa la bos, nak report duty la katakan...sekali bos tanya 'ni adik ke???', sambil tunjuk kat Cik Li....'errkkk tak, ni husband saya'...adakah saya kelihatan tuaaa???????. Terkujat ok muka bos ai masa tu. Masa interview anak dara, masuk kerja dah jd bini org. Ada gak la saya dengar org ckp lepas tu bos saya tu nak cari anak dara sebab katanya bini org ni banyak masalah..hohhh....salah tu...tak semua begitu ya...harap maklum. Saya ok ja. Smpai sekarang pun saya masih baik dan still contact ex-bos2 saya tu. Bukan dengan diorang saja, ngan wife diorang pun saya baik.
Selama 8 thn saya kerja di 2 tmpat ni, saya dah jaga 3 orang bos (termasuk yg sekarang). Semuanya org Johor. Cam kebetulan pulak. Yg mula tu saya kerja ngan dia hampir 2 thn. Lepas tu dia pencen, yg kedua lebih kurang 3 thn. Lepas tu saya pindah sini. Bos skarang ni dah 3 thn la jugak. Harap tak tkar bos sebab saya dah selesa ngan pak aji nih. Kalau angin2 sesekali tu biasalah, nama pun Bos. Kita yg tak bos ni pun selalu berangin apatah lagi bos kan..haa redha jalah.
Sebelum kerja di getah, lepas grad, saya pernah kerja kat 2 tmpt merapu. Heheheh merapu la sebab kerja main2 sementara nak dpt kerja betul. Yg mula2 tu kerja kat syarikat hapa tah nama tak ingat dah, sharpwave ka apa ntah. Tp syarikat tu buat kerja 'gores dan menang'. Gaji masa tu cino tu bagi RM 350 saja (gila kedeksss)...Huhh masa tu gores & menang baru nak popular. So banyak org tak tau yg diorang ni menipu. Saya kerja kat opis, jd kerani. Memang la hampeh. Asik kena maki ngan org satu hal, kena menipu hari2 satu hal. Ohooo tension.
Hari2 bapak saya hantar & hari2 la jugak saya rasa tamau turun dari kereta hahaha. Muka pun kelat ja tiap pagi. Saya dah nekad nak keja smpai cukup bulan saja. Tp dah cukup bulan, cino tu tak bagi lagi gaji saya. Tah apa dia tunggu tah. Dah la soh keja cam org gila. Lama2 tak tahan saya ngadu la ngan mak bapak saya. Dah bapak saya tpon tokei tu. Tah hapa dia ckp tah. Esoknya saya p keja terus dpt gaji. Tp saya sangt lah naifnya waktu tu. Tunggu bagi cukup2 sebln jugak. Padahal waktu tu kalau dpt ja duit terus saya cabut pun apa dia nak buat kan. Tp rasa bertanggungjwab kat kerja tu tinggi (tahhikkk la haih kalau ingat balik) maka saya pun tunggu. Cisss ciss dan ciss.
Dah berenti kat kompeni cina gila tu, saya kerja kat satu kompeni lagi. Ni berjenis la sikit. Syarikat private investigator untuk insurance company la gitu. Cik Jah ala2 FBI, CSI la masa tu ;)) . Bos dia bekas penolong ketua polis salah satu daerah kat perlis ka kedah tah dah lupa. dia dah pencen dia bukak company sndiri. Tp office tu hanya dia dan saya ja. Sayalah kerani, sayalah PA, saya la tukang buang smpah, sayalah tukang siram pokok bunga dia. Semua sayalah. Office besaq. Kalau mai bosan tu Tuhan sajalah yg tau. Pernah mula2 saya menangis sebab takut hahahaha bodo sungguh masa tu. Sebab dia selalu keluar penang la kl la. Kalau ada kes kemalangan org claim insurance, so dia akan siasat la dulu. So masa tu cik jah dah lali la tengok gambar2 org mati katak...yg meninggal kena langgar ngan lori segala. Tangan tak cukup satu, separuh badan hancur & macam2 lagi la. Mula2 takut, lama2 lali. Sebab tu dok sorang kat opis pun boleh teriak wahahahaha.
Bos saya masa tu India muslim. Kalau org tak kenal memang akan kata dia garang. Ckp kuat + kasar. Tp hati dia baik. Mula2 kerja dengan dia, selalu cik jah sentap tau. Hahaha maunya dak, dia tanya kita dah makan pun macam nak membunuh 'suda makan???' imagine org yg ckp suara kuat mcm menjerit + marah. Haa gitulah. Kalau cik jah jwb blom 'apa blom makan?macam mana u mau kerja, tadak tenaga, bdan kurus kering!'...hohh dia kata aku kurus keringg?...tp serius masa tu memang saya amat kurus. Berat saya 49kg saja. Dengan ketinggian 168cm, tak ka kering namanya kan...ok dia tak salah. Saya yg terlalu kurus.
Besoknya dia mai kerja, dia benti kat meja saya. Seluk beg kerja dia, lepas tu kedebukkk dia lempar satu botol. Yaaa lemparrr ok...terkejuk cik jah tau. Rupanya dia bagi multi vitamin kahkahkahkhaka....'makan itu ubat, kasi sikit gumok'..hahahahah. Tak tau nak nangis ka nak gelak ka waktu tu. Terharu pun ada, tekejut bunyi dia lempar botol ubat pun ada, seronok dpt ubat pree pun ada. Multivitamin tu mahal la jugak. Dlm 80 ringgit lebih kurang. Pada Cik Jah waktu tu mahal sgt dah la tu. Gaji kat situ mula2 400 ja. Sebulan lepas Cik Jah keja ngan dia, dia bagi 450. Sthn jugak kerja dengan dia. Masa Cik Jah berenti, gaji Cik Jah 650. Pelik la jugakwaktu tu, kejap2 naik gaji kejap2 naik gaji. Bukan naik sethn sekali ka?. Tp org dah bagi tu belasaahh jalah.
Masa Cik Jah interview nak kerja kat getah, berkali2 dia kata 'kalu dpt, kerja baik2, simpan duit, tiap bulan2 pun misti mau simpan sikit'. Heheh baiknyaa macam bapak2 kan....Masa Cik Jah nak kawin, dia bagi gaji awal, lepas tu dia bagi lagi 200 dia kata 'amik ini duit, beli baju'...errkk baju apa pulak dah...'ok, terima kasih encikk'...he he he sila bayangkan saya waktu tu anak dara pinggitan yg naif dan sopan khakhakhakhakha. Tp 2 thn lepas tak silap, Cik Jah baca paper, dia dah meninggal. Cemana boleh masuk paper, sebab dia meninggal kemalangan. Langgar lari kat depan kedai mamak kat rel ketapi aloq setaq nun. Apa tah nama kedai mamak tu tak ingat. Kesian...Sebelum ni dia dok siasat kematian org, lepas tu org pulak siasat kes kematian dia. Semoga Allah ampunkan dosa2 arwah bos saya tu dan dia ditmpatkan dlm golongan org yg baik2....
Catatan CJ : Apa jenis keja pun yg saya dah buat, semua tu adalah pengalaman dan secara tak langsung telah mematangkan saya....alhamdulillah...
2 comments:
memula baca aku dok gelak2 ja psl bos hang india muslim tu. tapi bila baca part last dia dah meninggal tu, terus rasa sedih.. huhu...
mya - haah sedihhh...sebab dia baik sgt.huhuhuhu.
Post a Comment