Wednesday, August 12, 2009

party durian & buah-buahan tempatan

Cerita ni jumaat minggu lepas. Lupa sudah nak publish.....Perbadanan belanja semua staff makan durian dan buah-buahan tempatan. Boleh makan sebanyak mana larat tp tak boleh bawak balik konsepnya.

Saya ambik durian 5 ulas ja ngan pulut sikit, ni pun makan berdua ngan Shikin....nak makan banyak takut panas nanti batuk pulak. Dah batuk susah pulak nak baik nanti. So setakat jamah sajalah lepaskan teringin.
Masa selera makan tak ada haritu, durian ni pun saya menyampah tengok. Bau pun boleh buat saya marah. Tp skarang ni ok dah skit. Teringin jugak la seulas dua. Sedangkan seblom ngandung sebiji pun saya boleh hadap sorang.


Shikin tengah tayang langsat...ehh dokong...ehhh ni dokong ke langsat arr?? konpiuss....

Yg bawah khemah kuning ni ada buah2 pulasan, dokong, manggis...
Nampak yg bawah khemah ramai2 tu?...tengah kerumun durian......

Kami makan bwh panas.....nama pun jamah2 ja...lepas tu semua terus balik sebab majlis ni petang. Tima kasih Perbadanan. Thn dpn buat lagi eh....:))

No comments: