Thursday, October 15, 2009

sakitnya hati cik jah.....

Tu dia tajuk entry....sebenarnya ada banyak gmbar kat Genting yg saya nak upload, tp sebab rasa lebih teruja nak taip entry ni, saya dulukan entry sakit hati ni la eh...sila layan seadanya...jgn emosi bersama2 saya. Sapa yg dpt penyakit darah tinggi atau sebagainya saya tak jamin eh...ohh entry ni juga akan berjela2.....

Kesahnya pagi tadi saya ada check up kat klinik kerajaan. Saya pun tak tanya napernya kerap sgt depa soh saya dtg checkup. Kalau nak ikut dengan usia kandungan skarang sepatutnya sbln sekali ja kot kan? ke saya yg silap....Tp tak kesahlah. Saya dtg jugak. Dan sebabkan smalam saya MC, harini nak check up pulak, saya plan nak la checkup awal2 pagi supaya siap cepat, cepat saya boleh masuk opis. Pagi2 tadi, habih satu rumah saya gegar2 soh bangun cpt2...nak cepat hantar Elyn, nak cepat hantar Esha dan cepatlah harapnya saya smpai klinik.....

Ok. Memang cepat. Rasanya peluh2 jugak la Cik Li nak cepat2 tu kan...730 pg saya dah smpai ok...dah smpai kat klinik kerajaan tu. Smpai2 ja kat kaunter cari la tmpt nak amik no. Sekali dah tak ada. Yg ada bakul2 dia letak kat situ pehtu kat bakul2 tu ada tulis masa2 temujanji....saya ni mcm blur sat...'ehh tak pernah pulak mcm ni kan, tang mana nak amik no ni'. Pehtu tanya la nurse tu, 'mana saya nak amik no ni?'..dia tanya saya blk, 'masa temujanji puan pkul brapa, letak dlm bakul yg berkenaan'....huhh mcm2 la hampa ni. Tp dlm hati ja la. Belek2 buku pukul 9. Ok saya letak la dlm bakul yg tulis temujanji pukul 9 tu. Seblom ni temujanji awak pukul 12 pun kalau awak dtg dulu, awak amik no dulu awak la yg siap dulu. Gitu la kan...ni dah ubah system pulak. Sesuka hati hampa ja kan..menyusahkan org. Dah letak buku tu tunggu la kan...

Ok. Tunggu ni...tunggu. Ssetengah jam....tunggu lagi.....sejammm....tunggu lagi ni, walaupun Cik Jah dah kiri kanan mengelisah tak duduk diam. Smpai pukui 9 tak panggil2 lagi nama saya. Hah sudahhhhh....saya mula rasa mcm nak jd hulk....kulit pecah2 merekah2 warna ijau, mata merah2 segala kan....tambah pulak tengok ada yg dtg kendian dari saya dah dipanggil. Hah tak boley jd ni......Saya bangun terus catwalk ke kaunter...wahh dan lagi tu cik jah catwalk kan hhahaha ok tu tipu. Silap2 bersepah2 jalan. Marah lah katakan...Smpai ja saya tanya "bila nama saya nak dipanggil?dari pukul 730 saya tunggu smpai skarang tak panggil2 lagi org yg kendian dari saya dah pegi dulu dah pun". Sila baca senapas mcm saya ckp pg tadi....Nada ckp saya tu masih sopan tak tengking2 cuma volume saya mcm kuat sket he he he....tak sangka dlm smput2 tu volume mantainnnn hahahaha.Sekali tau apa nurse tu tanya saya?...'Puan mengandung ke?'. Hohhh saya tak jwb tp mata saya dah cam nak tersembul dah....terus dan dan tu dia tinjau perut saya dari tepi kaunter tu. Pehtu saya dengar dia mengumam 'ohh ngandungg'...MasyaAllahhhhh tutttttttttnya nurse ni....haaaa kan dah dpt tuttt....Pehtu dia tanya lg 'temujanji Puan pukul brapa?'...saya jwb 'Pukul 9 tp smpai skarang dah 930 register pun blom'....pehtu dia kata 'kejap ye saya cari nama Puan' pehtu selak sana selak sini pehtu dia jmpa kad saya. Saya dok perati ja apa dia nak buat. Lepas tu dia kata 'haa ni Puan, kita baru nak register'....'Ya Allaahhh lambatnya!'. Terkluaq ayat tu dari mulut saya. Dan dan tu muka dia berubah. Saya terus pusing duduk blk tmpat saya dengan muka kelat. Lepas tu tak smpai 10 minit nama saya dah dipanggil. Hohhh kena bising2 dulu ka baru diorang nak buat cepat?....

Saya tau la klinik kerajaan org ramai.Saya tau memang lambat. Tp kalau ikut suka hati ja tukar prosedur nak register tnpa kita tau tak ka sakit hati jdnya. Kalau saya tau ikut masa temu janji tak payah la saya tercongok awal buta kat situ. Dah kalau appoinment pukul 9, 8.45 pun saya boleh smpai. 9 pun boley sapa nak marah kan. Tp sblom2 ni kalau appointment pkul 12 pun, kalau dtg 730, dan dan tu dpt layanan kenapa nak tukar2 cara pulak tak bitau org. Bodo dak?. Saya betul2 rasa letih menunggu smpai rasa nak muntah.

Lps dah dpt register, diorang bagi no bilik semua, terus ke makmal untuk prosedur amik urine dan darah mcm biasa. Masa ni Cik Li dah smpai nak temankan saya. Dia pulak memang jenis takboleh menunggu lama2 ni. Kehulu kelihir dia bejalan... Lepas dah amik urine darah semua, kena jmpa nurse. Nasib la nurse kat dlm bilik tu semua baik2. Lembut2..terubat la jugak hati saya kan. Saya tanya la jugak pasal yg saya dpt called kata kena repeat nak test gula tu. Sekali nurse tu pun pelik sebab reading gula saya adalah NORMAL apasal pulak nak kena repeat...bila saya kata kalau kena harini saya tanak, saya nak balik, saya dah penat. Dia pun ckp ok ok dia paham. Nanti dia call je dr, inform yg blood test saya normal, tak yah repeat test. 'Puan normal ni'. Berulang kali dia ckp saya normal....Kot dia dah perasan moncong saya dah tajam sgt ka tah la pun kan...hahaha penat ok penat. Nak sengih2 pun dah tak daya. Tp sebab nurse yg layan saya tu adalah sgt baik dan lembut, sejuk hati ni kan. Boleh la gurau2 skit.... Lepas tu saya kena cucuk kancing gigi. Lepas tu balik opis....

Kadang mcm serik jugak nak p klinik kerajaan ni. Tp mcm2 cerita yg saya dengar buat saya rasa kena buat juga ada rekod di klinik kerajaan.....lambat sikit2 tu tak kesah sebenarnya sebab tau ramai org. Tp tolong la jgn suka suka hati tukar kekdah nak register segala. Amat menyusahkan org ok. Apalah salahnya dia asingkan kaunter untuk nak check anak ngan check ibu mengandung. Lepas tu tak perlu la nak asingkan bakul2 ikut time2 appointment. Ikut la sapa mai dulu kendian pehtu terus la sort ke bilik mana2....yg susah2 nak asingkan itu ini tu awatnya. Tak ka menyusahkan kerja jdnya. Tu yg jd kes org dtg lmbat dpt layanan dulu tu. Sebab tak sistematik langsung kekdah yg digunapakai tu. Cam saya ok la sorang. Yg nak check anak tu yg kecik2 baru lepas bersalin tu tak ka meroyan nak menunggu lama2?....

Penat...sgt2 penat....Sudahnya saya smpai opis pukul 12 tghari..huhhh hmpir separuh hari terbuang dengan menunggu saja...
Catatan CJ : Perkembangan baby saya bguss....maknya pun berkembang ngan bagus hikss..berat saya skarang 66.5kg....hmm ok la ni tak naik banyak sgt. Sedang elok la nih. HB tetap low 10.8....lain2 semua ok. Alhmduillahh....

3 comments:

K.ana said...

pijah, dulu k.ana masa mengandung damia jer pi check kat kerajaan. pastu bila time hanin & zara pi kat swasta jer.. mmg serik la pi klinik kerajaan nie.. menunggu mmg lama giler.. ceknya sekejap aje.

w/pun k.ana pi swasta for check up, tapi masa bersalin boleh je pi kat government hosp.. x de masalah.

Ernie Zuraida said...

btul tuh kak....same la ernie pun gitu...hhuhuhu... check up kat swasta...bersalin kat goverment....

Cik Jah said...

kak ana - ohh bley eh gitu. hahahah tak tau pulak. pjah checkup dua2. swasta pun pg kerajaan pun pegi.

ernie - huhuhu aku tak tau pun boley. ingat kalau check up kat gomen, beranak mana pun ok. jgn checkup swasta apa2 hal diorang ckp nanti gomen tak terima..tu yg aku gagah p gomen kali ni. sblom ni tak penah pun.