Thursday, January 13, 2011

musim

pagi tadi amelyn demam. dari smalam lg dah demam. tp lepas mkn ubat pg tadi bdn dia dah sejuk. dia pun nak p skolah.

sekali, tengahari tadi cikgu dia telefon ckp badan dia panas sgt. lepas tu naik merah2 mcm ruam. satu badan. hah sudah!!!!. demam campak ke pulak.

lps tu esha pulak call dari sekolah ckp mata dia dah rasa panas2. dia x boleh concentrate dlm class sbb kepala dia pening2...alamakkk...haih.

terus cik jah p amik esha kt skolah. lepas tu amik elyn pulak. terus bwk g klinik kesihatan tepi opis ni. cik jah baru tau tepi opis cik jah ni, dlm bangunan kompleks komersil ni ada klinik kesihatan...baru bukak...kalau yg kt pr. 9 tu kemain ramai org. sini orgnya x ramai. lega sket.

dlm pukul 3.30 ptg cik jah amik nombor, pukul 4 dah siap...cepatkan. siap ada klinik ibu mengandung skali kt situ. bagus. ehh awat p mention ada klinik ibu ngandung plak tah hahahahaha...cam ada sesuatu ja hek hek hek.

dr tu siap ckp skarang mmg musim budak2 demam. dan musim demam campak jugak. tp amelyn ni bukan lah demam campak. ruam sahaja. bila panas ada kebarangkalian juga jd mcm tu. jd dptlah ubat sapu dan lain2 ubat. amik ko sebeban ubatnya. x bagi plastik lak tu...ehh ke mmg hospital kerajaan bagi ubat x bg plstik????....


sbb bnyak sgt?...esha tu nama ja dah besar tp ubat biji x reti telan. jdnya kena mkn ubat air jugak. dah tentu2 la bnyk ml nya....ubat demm dia ja 2 botol. selsema batuk segala lg....elyn pun sama ubat demam batuk selsema + ubat sapu....

ni kalau p klinik swasta mau cecah lima nam tujuh ploh hengget nih. tp tadi, semua ni pree saja. cuma yg jd geram p klinik kesihatan ni kadang tu menunggu lama cam nk pengsan. tp pun kadang ada jugak klinik swasta yg kena tunggu lamaaaaaaa pehtu kena bayaq puluh2/ratus2 jugak kan....:)

jd pilihan ditangan anda!. ecehhh tiba2 hahahaha.....untuk makluman, saya bukan duta klinik kesihatan :P

No comments: