p/s: Bila tak ada sunyi, bila ada kecoh la pula kan.....
Tuesday, December 30, 2008
Elyn 3
Elyn 2
Lepas tu cuba lambung2......lagi tinggi lagi baik.....biar jatuh2 ke bwh.
Elyn 1
Tp tah cemana dia sedar Mama dia dok snap gambar, sekali dia toleh 'maa nak engok mama' (ma nak tengok mama)...khakhakhakhakha terkhejutt okey.
sunyi & sepi
Sunday, December 28, 2008
Selamat Thn Baru....1430H
Apa pun azam kita, semoga thn baru 1430H @ 2009 akan menjadi tahun yg lebih bermakna kepada kita semua InsyaAllah.....
Satu sms yg saya dpt, yg boleh dikongsi bersama "Waktu terus berlalu, namun rahmat dan hidayah Allah berterusan....Salam Maal Hijrah 1430H".
dah hari ahaddddd.
Harini Cik Jah ngan Esha makan nasik goreng saja..heheheh malas arr nak masak. Esha bukan makan sgt pun, buat letih ja masak. Buat bubur nasik ayam untuk Elyn. Esha mkn juga la....Pg tadi tengah2 masak sekali gas habis daaa alahaiii lemah betul la. Dah la time Cik Li tak dak pulak tu. Nasib ada simpan no tpon kedai tu. Suruh ja org tu hantar. Tp time org tu dtg semua pintu Cik Jah bukak..hehehehe Cik Jah ni memang la penakut skkit...takut ngan org yg tak dikenali. Tak berapa percaya sebenarnya. Kan skarang ni mcm2 kes, so cam berhati2 la skit kononnya kan. Lepas org tu dah hantar,siap tolong pasangkan, terus Cik Jah minta Esha manggakan balik gate.
Bosan gila dah ni, dah tak tau apa nak buat lagi dah nih. Entry Cik Jah ni pun jd bosan sebab tak bergambar kan..hehehehe......layan jalah........
Saturday, December 27, 2008
weekend & anak-anak
ni gmbar ptg smalam. Sessi mkn biskut oreo.
p/s: Lambatnya nak smpai hari Ahad...........huhuhuh. Bosan.
Friday, December 26, 2008
telefon
Saya dah plan, kalau masih tak boleh on juga saya nak tukar sim ke telefon lama saja. Tp saya cuba juga lagi godek sana godek sini nak bagi ok. Lepas dah tekan itu tak mau, ini takmau, saya cabut terus bateri, lepas tu pasang balik. Pheewww lega boleh on dah...
p/s: tiap kali hp jatuh, saya rasa mcm kepala saya pecah...adooiihhh sakittt oooo..tension tension.
MC
Thursday, December 25, 2008
merry xmas
Angkat masuk balik dlm stroller, bagi susu, diam....
p/s: nak ikuttt????
makan makan
Wednesday, December 24, 2008
sakit hatiii
PJC tak boleh terus bayar tunggakan yg hampir 3 thn tu kepada saya. Diorang kena dpt reply dari Getah dulu seblom pelarasan boleh dibuat. Getah hanya perlu buat surat mengatakan saya ni pernah amik exam kat bawah pokok getah pada sekian sekian tarikh mengikut silibus sekian sekian dan keputusan diperakui sekian2. Itu saja....ke nak saya tolong karang surat tu tah la kan.
Lepas PJC hantar surat tu, saya ada la buat follow up. Smalam saya buat follow up lagi. Hohh kali ni cukup menguji tahap kesabaran saya. Orang getah tu boleh kata dia memang tunggu saya call, sebab diorang nak call saya tak tau mcm mana???..Hohhh apakah....sungguh buduh skali alasan itu okk. Seingat saya, saya dah bagi no contact saya semua siap address sekali. Ok la takpa. Dia kata dia memang nak call saya sebab nak minta saya buat surat sekali lagi dengan tarikh terkini. Sebabnya surat yg PJC hantar haritu dah lama sgt tarikhnya. Bulan 6...helllooo cik puannn...surat tu memang PJC hantar bulan 6, tp yg awak tu bulan 12 baru nak take action tu hapa kesss?...lepas tu kata diorang nak ambik action mcm tak best sebab lambat sgt. Saya kata itu bukan salah PJC. Saya pun tak boleh sesuka hati nak tukar2 tarikh lepas tu sent balik dekat dia. So saya pun terpaksa minta jasabaik kakak di HR untuk tolong saya buat surat tu sekali lagi. Malangggggnya pegawai yg berkaitan yg boleh sain surat tu pulak tak ada. Jumaat baru ada.
Tensen kan. Tp saya akan cuba bersabar. Saya akan call lagi untuk follow up seterusnya. Saya yakin pada rezeki. Kalau betul rezeki saya InsyaAllah ada. Kann???.
Kadang saya terfikir, apa hal la susah sangat diorang ni nak buat kerja?. Cuba kalau kes ni terjadi kat org besar2...pegawai2 atasan...tak cukup tanah rasanya diorang uruskan bagi cepat. Saya tak nak kacau bos saya yg dulu untuk minta tolong settlekan hal ni. Dia pun banyak kerja lain lagi nak buat. Dah la harga getah makin turun skarang. Sure dia pun dah nak botak kepala pikir pasal industri getah skarang. Saya akan cuba tangani sendiri. Kalau perlu saya bom hr getah tu saya akan buat....kebaboooommmmmmmmmmmmmmmmmm.....
Tuesday, December 23, 2008
demam?
Balik dari kerja ptg tadi Cik Li ajak singgah kedai mamak di Cyberjaya. Saya share mkn naan cheese dengan Esha & Elyn. Cik Li pekena nasi kandar. Mlm semua tak mau makan lagi dah. Memang kitorang jarang mkn mlm pun kalau dah makan dlm pukul 6 mcm tu. Smbil2 mkn, nyembang2 merapu gelak2....cerita pasai momok di Putrajaya he he he. Cik Li memang suka layan saya merapu. Sambil2 layan anak2 bercerita.
Kepala saya dah semakin berat...nak tido la...ni namanya entry tak tentu hala he he he. Harap-harap bila saya bangun esok perit di tekak saya akan hilang......
komunikasi
Monday, December 22, 2008
sweet little amelyn
opsss terlebey suda!...
Skarang dia dah pandai ckp...macam2 bunyi ada. Kadang dengar cam ckp jerman, kadang cam ckp siam. Kadang2 cam dengar dia speaking he he he.
Kalau tunjuk buku gambar ikan 'pisshhh' dia kata..bersepai2 ayaq lioq. Dog, ok la tau dog....tp rabbit ka cat ka, rupa lebih kurang kucing ja semua 'cat' jadinya. 'epan' (elephant), bird haa ni jelas dia sebut bird.
Haritu jatuh 'auuw akitnyer'...ckp apa pun semua ada 'nyer' kat belakang. 'emm tedapnyer' hahahah ni comei sungguh rupanya kalau dia ckp sedap. Ngan geleng2 kepala lagi. Sedap sgt la kot kan. Kalau nak bodek 'emm atiknyer' (cantiknyer)....alahai sweetnya.
Dia ni suka sungguh kacau kakak. Kalau ambik barang2 kakak, org tanya sapa punya dia akan ckp 'akak nyer'. Gado tak yah cerita la. Yg si adik ni kuat la sgt menyakat kakaknya. Garang pun ya. Salah skit je dia nak 'boh' kakak dia. Yg kakaknya pulak kadang alahai lemah lembik. Selalu la kena buli dengan si adik. Tp bila suruh say sorry kat kakak laju ja dia p salam siap cium2 pipi kakaknya....biasalah gado adik beradik. Tp kadang2 tengok best jugak. Kadang2 ja rasa nak hantuk2 kepala dua2 sekali hhahaahahahaha.
si kemek farisha
Bila Cik Jah ckp dia kemek selamba ja dia sound 'tak per nanti besar cantikkk'....waa pherasssann eh hahahaha....
amelyn & stokin belang
Kaki Amelyn yg berstokin belang.
murah rezeki - terima kasih nini
Apapun, terima kasih Nini......
Sunday, December 21, 2008
cari penat ....
Sedang org tak ramai boleh la.....baris la nak bagi Esha ngan Elyn naik.
Sementara tunggu nak naik buaian tu, sebelah tu ada stage. Tengok la ada minah2 saleh ni. Tak tau la apa pertandingan ke show apa nih. Tp gila2 kurus semua minah2 ni. Tinggi saya ja lebih kurang. Nampak lagi tinggi bila kasut depa semua 3 inci lebih....lentik2 semua jdnya..ada yg mcm anak patung...lawa. Nak baca apa yg tulis kat selempang diorang pun tak smpat.
Bila smpai turn nak naik buai pusing tu tetiba rasa mcm tak confident pulak nak biar Esha sorang ja jaga Elyn. So Mamanya pun naik la sama. Hoohhh sungguh la saya sangat berat. Senget buai tu ok bila saya duduk.....terus amoi tu suruh saya duduk tengah2 nak bagi balance. Walaupun Esha ngan Elyn dok seblah, saya duduk sebelah, tp sikit pun tak memberi kesan..hahahah saya duduk saja terus senget tuu..keji sungguh buai nih. Kesudahannya saya kena duduk betul2 tengah2 nak bagi balance. Dah la nak masuk pintu tu puas la jugak saya adjust bontot agar tak sangkut..hahahahahaha...Yalah namapun mainan budak2 kan....
Elyn ni mcm ada gayat jugak la. Macam mama..hahaha....nak berdiri pun gigil2...kena pegang. Esha selamba ja. Dia memang suka benda2 mcm nih.....masa pg genting dulu naik roller coster berkali2 dia boleh bantai gelak2...org dah menjerit cam nak pengsan....
Lapar, singgah makan, lepas tu sambung jalan2 lagi. Cik Li memang kaki berjalan. Selalunya Cik Jah yg tak larat ngikut dia. Tp harini larat pulak merayap dari satu floor ke satu floor. Belek itu belek ini. Bukan beli pun. Masuk kedai tu kedai nih...
Heheh nak tau Elyn terpegun tengok apa?.
Clownnnn.
Ingatkan org ni pakai baju clown untuk dia nampak besar, tp dia memang BESARRR.....dan tinggi. Tengok dia duduk pun sama tinggi ngan org yg berdiri tu.
Tak takut pulak dia kali ni. Selalunya Esha ja suka clown2 nih. Elyn dari jauh dah menangis. Tp kali ni sebab nak belon punya pasal sanggup la tunggu tu. Tengok dia punya terdongak cemana.
Puas kakak pegang dia. Jemu tunggu uncle tu belit belon lama sangat, dia nak lari dah hahaha.
Ok dah dpt sorang satu. Elyn dpt 'flower', Esha dpt pink panther.
Balik dari Sunway Piramid, kami ke Giant Puchong. Sebab selalunya kat situ kalau weenend, susu, pampers murah. Dah beli2 barang susu, barang dapor skit. Cik Li buat lawak ajak pegi IOI pulak...errkk sungguh ka ni, tak penat ka pun?. Tp sebab ada urusan juga di Maxis centre pegi la jugak. Kali ni smpai terus tuju ke Maxis saja. Dah siap terus balik.
Elyn balik memang pengsan tak ingat dunia dah. Lap2 badan, tukar baju pun dah tak heran...
Rasa nak pengsan dah....nasib harini Ahad...boleh tido, tido dan tidooo lagiiii.
Friday, December 19, 2008
teloq
Sila jamu mata tengok gambar laksa yg cafe saya jual, murah saja RM 2.50. Sedap. Tp saya bukan nak cerita pasai laksa, saya nak cerita pasal teloq yg ada dlm laksa ni.
Org kedah memang sebut kasar skit...teloqq bunyinya..hahahahaha ganazz oo bunyi.
Sapa pernah dengar, kalau rebus teloq kita kena kacau2????..hkahkahkahkahka ni kak abok la nih...dia kata rebus teloq kena kacau. Kesahnya masa balik kg. haritu, kami buat la nasik lemak. Lepas tu dia soh Cik Jah rebus teloq. Dah lama pastu dia kata 'hang kacau dak g?'..'kacau apa?' Cik Jah tanya. 'Kacau la teloq tu', dia jwb....sekali Maktok kata 'selama aku idop nih, dok masak, tak pernah pulak aku rebuih teloq kena kacau'. Wakakhakhakhkahkahkahak.....serius lawak ok. Kalau dengaq cara Maktok ckp lagi lawak....kering ja dia boh sedaass.
Pehtu, Kak Abok pun jwb dia dpt petua tu dari mertua dia ka ipar dia ntah. Katanya kalau kacau teloq waktu agak2 dah separuh masak, nanti teloq kuning tu duduk elok kat tengah2...hmm ok ok boleh cuba....
terima kasih cik madu
Ni pulak pemberian kawan saya Cik Madu. Sempena birthday saya bulan 10 haritu. Voucher di Focus Point untuk brand Crocodile. Saya bercadang nak buat cermin mata S.Jibeng (spek itam daa) untuk kegunaan waktu driving. Sebab power mata saya agak tinggi dan silau pun tinggi, so cam perlu la juga spek SJibeng ni. Selama ni saya belasah ja spek rabun saya tu waktu driving. Tp kalau ada cahaya aduuiii tak tahan....
Setelah disurvey, malangnya tiada yg berkenan dihati......Cik Madu kata, bagi jalah kat sesiapa yg nak. Kalau tidak rugi, tarikh tamatnya 31.12.08...Akhirnya voucher itu jd rezeki kawan opis saya Shikin.....dia pun dah mula rabun. Makin tua memang macam tu khakhakhakhaka.....