Tuesday, July 22, 2008

ngantuk..



Budak ni sepatutnya baca buku,esok ada exam. Tp pukul 830 tadi dah selamat.....buku ke mana dia tah ke mana. Patutlah dia nak makan cepat. Malam ni masak nasik goreng saja. Dia tanak tunggu dah, nak makan dulu. Makan la sorang2....lepas makan dia ckp nak baca2 buku tp nak baca kat bwh,takut dok atas sorang2..hisshh apa daa penakut. Tp sekali tngok hohhh dah pengsan, siap dengkur2 lak lagi.

Penat sangat la nih...Sian...Tadi balik skolah dia ngadu dia batuk2....sama cam adik kata dia. 'Ok la nanti mkn ubat', Mama jwb. Lepas ja makan nasik tadi dia tanya 'Mama dengar Esha batuk lagi tak?'....'tak pun, awat?', Mama jawab. 'Esha dah baik batuk Mama'..aikk cepatnya baik kan....cam ada smthing ja nih...'abih tu kalau baik awat?'...'Esha nak makan aiskrim satu Mama plsssss...'. Ooo patutlah tetiba baik batuk, nak makan aiskrim rupanya...Cis auta lebih tau. Tp tetaplah Cik Jah tak kasi dia makan aiskrim tu. Tunggu baik betul dulu.

Aiskrim yg dia nak tu aiskrim malaysia...alah yg dulu kecik2 mak kita buat pakai plastik panjang2 pastu simpul kat hujung tu. Cik Jah buat banyak la pulak haritu. Esha kecoh kata nak aiskrim tu, buatkan lah. Tp syarat, dia boleh makan sehari satu ja. Tp kadang kalau terlepas pandang 2-3 batang gak dia balun. Mau tak batuk.



Alahhai malas pulak nak rotate gmbr ni. Belasah jalah....budak kecik ni lagi tidoq awai. Pukul 8 dah tak sedar diri dah. Tu pun seblom tu puas la dia ngamuk. Ngantuk sgt. Dekat sapa pun dia tanak, nak ngan Mama ja. Cam rindu la sangt, cam tak jumpa sethn. Nak berdokong ja. Lepas lap2 skit badan dia, bagi ubat batuk + selsema siap2, terus masukkan dlm buai, Susu pun dia tanak dah time nih. Sementara mama nak ngemas, iron baju semua biar la dia tdor dlm buai dulu, dah settle baru boleh angkut naik atas.....confirm tak bangun dah nih. Tp subuh besok, kunci jam pukul 530, tp pkul 5 dia dah kacau mntak susu dah.

***Tengok anak2 dah tdo, saya pun dah terkuap2...huarrrghhhh ngantuk....

5 comments:

sweetheart said...

bestnya eskrem malaysia...
dulu kami pon suka beli gak
rasa jagung ngan kacang merah..
sedappp

madulebah said...

Cik Jah
weh sedap nya eskrem tu.. mana hang beli plastik dia?? Bleh derma kat aku barang 10 helai dak? ha ha ha

Ateh,
eskrem buboq kacang lagi sedap ar...

MAMA ESHAELYN said...

ateh - best eh...heheheh cik jahbuat 4 kaler + perisa, oren, milo, sirap hijau ngan merah. Tu yg sehari dia nak kena 4 batang tu...nak rasa lain2...

madulebah - wei aku pun tak jumpa cari plastik tu, last2 mintak ngan kwn aku.dia dok boh susu perahannya ittew..hehehe. tp kat kg adalah kot. kat pasaraya sini aku cari tak jumpa pun.

haah aku suka kacang merah..tp tak kuasa la hai aku nak buat. senang aku bancoh sirap ja boh..heheheh

KaSiH said...

budak tidoq lawa la pijah no...klu hang yg tidoq tak tau cemana rupa hang tu..eii ngeri...

MAMA ESHAELYN said...

kasih - mana hang tau aku tdoq tak lawa...cun oooo hahahahaha