Thursday, January 22, 2009

MAHAL!

Tadi saya, Cik Li & Esha lunch kat Pr. 9. Dapur apa tah nama kedai tu. Org yg biasa kat area situ mesti tau punya la. Saya pernah mkn pagi kat sini, makan tengahari pun pernah, tp harini saya sangat2 la tak puas hati.

GILA MAHAI!....Cuba bayangkan, Esha mkn nasik seciput, kuah sayur dengan ayam goreng seketul. Teka berapa??? RM 4 ok....huhhhh...dua kali kami tanya budak tu takut dia silap kira. Cik Li mkn nasik separuh, sardin (apa kelass la pakcik ni kat luar pun makan sardin kan....hikss), gulai nangka seciput, cencaluk skit. Tu pun RM 4.50...Saya makan mihun sup RM 5. Tak sedap langsung...mihunnya berapa helai ja, sayur tah hapa2 kat dlm tu. Isi ayam ada la 3-4 keping dlm tu. Kalau sedap smpai pengsan makan tu tak pa juga kan. Puas hati. Ni masalahnya makan setakat ok ja lah, boleh kenyang.

Lagi buat saya tak puas hati, owner dia. Owner ka apa tah. Tp dok kat kaunter la. Muka MasyaAllah....tak reti senyum langsung. Kot muka awak tak cantik sekali pun tp kalau senyum tengok customer tu sejuk la sikit kan, manis la skit tengoknya. Ni MasyaAllahhh....cam terpaksa ja bagi org mkn kat kedai dia. Pelik la saya org berniaga mcm ni. Memang la berniaga nak untung. Tak mau untung tak yah buka kedai. Tp tulah, patut padan la. Layan pelanggan biarlah ikhlas.

Tak baik kan merungut benda yg dah jd isi perut. Tp ni sekadar renungan bersama jalah kan. Eceeh...konon. Kalau ada sesapa yg makcik pakcik meniaga tu, ke diri sndiri meniaga ke beringat2 lah, jangan la cekik darah sgt. Semua org pun meniaga nak untung. Tp biarlah untung tu berkat.

Catatan CJ : Tp saya heran la ramai pulak org kat situ.

No comments: