Monday, January 19, 2009

semangat

Pagi ni berkobar kobar saya nak mai kerja. Semangat ni. Tp on ja PC haduiii lemah terus semangat. Terus mengantuk hahaha. Saya kalau bosan memang mengantuk. Sedap oo tidoqqq...Job list pepagi ni berderet2. Meeting tukar time, laporan tu laporan ni..huihhh.....mana pegi semangat pagi tadi nih..

Saya sentiasa bz. Tak bermakna saya dah tak handel TJB tu saya tak bz...bzzz...lebih lagi saya rasa. Dulu masa saya jaga tmpt tu, saya tertekan sebenarnya. Hari2 pun ckp nak letak jawatan hi hi hi...tp tak buat2 juga, ckp ja lebey. Tp hati tak smpai. Org smpai hati buat kat saya, tak pa, saya tak kesah. Tuhan boleh tolong balaskan. No hal punya...Kalau nak beramal mcm2 cara kita boleh buat kan...

Hmm...sebut bab beramal ni, saya nak cerita sikit. Haritu ada officemate saya bagi list barang yg kita perlu boikot untuk menentang israel. Kalau belek2 list tu, mcm2 benda yg kita tak boleh beli. Tp pada saya slow2 la kita cuba ubah. Ada yg kata, alahhh kalau boikot pun belum tentu membantu. Hmmm kita tak cuba lagi macamana kita tau kesan dia mcm mana kan???. Cuba kita sama2 boikot dulu, lepas tu tengok mcm mana kesannya. Lidi kalau sebatang memang mudah patah, tp kalau seberkas, susah nak dipatahkan.

Dlm list tu, yg tak boleh kita beli (sebahagiannya sajalah ya. Saya dah bawak balik list tu kerumah nak tunjuk kat Cik Li) Milo, mungkin kita boleh ganti dengan ovaltine, beli barang di Carrefour & Tesco pun tak boleh, tp mungkin boleh ganti beli kat MYDIN ke, pasaraya Bintang ke, Giant ke kann...Huggies (boleh guna lampin brand lain kot..mcm2 ada kat pasaran), KOTEX ( he he he pandai2 la try brand lain pulak lepas ni) dan macam2 lagi la.... Nanti saya cuba tengok balik list tu dan publish kat blog.

Apapun kita perlu cuba dulu. Setiap hari baca paper, tengok tv berita pasal keganasan ni, mayat bergelimpangan sana sini rasa mcm MasyaAllah....takutnya. Cuba bayangkan kalau terjadi kat Malaysia ni, nauzubillah la kan...minta dijauhkan. Tp cuba kita selami hati mereka yg ditimpa musibah mcm tu....setiap hari dalam ketakutan dan kesedihan hisss...sedih kan.

Sama-sama la kita berdoa, semoga semua umat Islam diseluruh dunia berada dalam lindungan Allah SWT hendaknya Aminnnn...

Catatan CJ : dan...sebelum masalah menimpa saya, baik saya stop merapu and get back to work he he he he...tataaaa...

2 comments:

Dakjaat™ said...

dah terbukti .. refer akhbar utusan hari ni .. memang kempen memboikot ni tak dapat sambutan dari orang ramai .. maklumlah orang dah tolak ketepi semua perasaan simpati. hanya tahu mengatakan kasihan... tapi hanya pada mulut dan hati . tapi tak nak plak bantu ... BEst betol... lame kelamaan memang hancur jugak la malaysia nie..

Cik Jah said...

dakjaat - issh awak ni selalu menakutkan saya ok....doa la malaysia selamat huhuhuh....tp tulah kan, cuba2 la kita bantu mana yg mampu.