Tuesday, August 11, 2009

Pertandingan Gubahan Orkid

FLORIA dah habis......saya ada di FLORIA pun smpai Jumaat lepas saja. Mlm Jumaat tu saya perlu pulang ke kg, ada hal....

Oh nak lari topic pulak....saya nak cerita pasal pertandingan gubahan orkid yg saya joint + tiba2 menang haritu he he he tiba2 katanya.....Haaa jgn tak percaya kami memang no. 2 kategori komuniti....nasib memang no. 2, kalau nombor 1 pengsan hahahah pengsan sebab tak percaya. Ada 3 kategori semuanya. Setiap satu kategori akan ada 3 pemenang. Saya, Cik Aetot & Cik As satu group. Kami memang masuk nak suka2 saja. Konsep nak gubah pun nak main belasah ja. Semua pun tak pernah ada pengalaman gubah mengubah. Takat cucuk sesuka hati tu biasalah. Sapa pun boleh kan. Masuk pertandingan ni percuma dan bahan2 semua disediakan. Peserta cuma dtg bwk diri saja. Untung kan...

Sebelum pertandingan bermula. Tekun dengar taklimat dan ada sessi demo terlebih dulu oleh juri profesional. Memang handal la juri tu....lebih kurang 10 minit ja dia boleh siap 1 gubahan yg cantik. Konon2 pagi seblom pertandingan tu saya sempat selak2 buku gubahan orkid yg dipinjam dari Kak Wan. Konon nak cari idea tp kesudahnnya 'haaahhhh belasah jalah, payah ja yg dlm buku ni' he he he gitulahhh...

Cik As tukang gunting, saya dan Cik Aetot tukang cucuk.....

Memang kami enjoy habis masuk pertandingan nih. Tak target nak menang pun. Kami la yg paling tak serius skali. Sambil menggubah smbil gelak2 kekek2.... Kata belasahhhh kan....heheheh cucukkkk ja janji cantik la konon kat mata kami.

Patutnya daun ni kami cucuk tegak skit so dia akan jd bahgian belakang. Sekali daun tu terlentang la kahkahkahkahka.....hantam saja la....so gubahan ni agak capang la skit diakhirnya nanti hahahaha.

Cucuk punya cucuk suka hati, sekali dah siap.....pehtu tengok2 org keliling ehh tak siap lagi. Siap pengerusi pertandingan annouce ada 15 minit lagi..hahah kami dah siap. Pehtu depa tmbah lagi masa tambahan 15 minit..wahhh dah kami rasa lain mcm sebab siap awal...Tp tengok2 bunga tu rasa mcm kalau adjust2 lagi ni lingkup terus ni nanti. So jgn usik lagi dah. Redha jalah kawan-kawan hiksss.

Sekali masa juri tengah belek2, dia angkat gubahan kami tu ke satu sudut, kira masuk final la konon....wahhhh dah teruja nih...hahahaha.....capang2 pun juri suka eh. Sekali dia letak pulak sebelah. Huk huk huk....keciwa pulak ingat dah tak dak harapan....tp mengenangkan niat asal tu suka2 so tak kesah la. So masa umum keputusan tu kami pun relax2 la...Sekali umum tmpt ketiga dah dpt kat org lain. Cik Jah kata kat kwn2 'hah tak dpt dah kita, nombor 3 pun dah org lain'. Ingat kalau nak menang pun no. 3 tu pun dah besar rahmat la kan. Sekali dia announce tmpat kedua 'Pn. Hafizahhhhhh' (wakil kumpulan la konon) 'ehh aku ka tu aku kaa????' hahahah, cam hapa ja.....Cik As ngan Cik Aetot dah terlompat2 kesukaan. Dpt la hadiah RM 150....ngan seketul pokok orkid. Alhamdulillah....rezeki terpijak namanya nih.

Terima hadiah daripada Isteri Menteri WP.

Kami bersama hasil gubahan yg capang dan hadiah pokok orkid.

Catatan CJ : Gubahan ni dlm gambar tak berapa cantik la, tp kat luar cantik la jugak capang2 pun...kagum la jugak kami ngan diri sendiri. Terus lepas menang tu Cik As kobar2 ajak Cik Jah masuk lagi apa2 pertandingan yg ada...over tau Cik As ni hikssss...

5 comments:

sweetheart said...

wah rezeki tu
capang2 pon dpt adiah
syok no..
klu la dpt pi
mesti best

NISREEFA said...

tahniah Pijah.. Capang2x pun kira seni la tue.. lain dr yg lain..hehhe

Cik Jah said...

ateh - haa kan...rezeki yg tak disangka gitu...

kak ima - tq tq....haah yg pelik2 tu seni la kot kan....belasah ja kak ima :))

Zimah's Depart said...

wah..tahniah..kira hasil tgn akak ni berseni le ek..hehehe..

Cik Jah said...

zimah - hik hik hik jgn la ckp gitu...malu ai tau....