
p/s: Bila tak ada sunyi, bila ada kecoh la pula kan.....
many people go from one thing to another searching for happiness but with each new venture they find themselves more confused and less happy until they discover that what they are seaching for is inside themselves and what will make them happy is sharing their real selves with the one they love....~susan shutcz *wherever we go and whatever we do, i'm always so happy just being with you ~ eshaelyn...

p/s: Bila tak ada sunyi, bila ada kecoh la pula kan.....
Lepas tu cuba lambung2......lagi tinggi lagi baik.....biar jatuh2 ke bwh.
Tp tah cemana dia sedar Mama dia dok snap gambar, sekali dia toleh 'maa nak engok mama' (ma nak tengok mama)...khakhakhakhakha terkhejutt okey.
















opsss terlebey suda!...
Skarang dia dah pandai ckp...macam2 bunyi ada. Kadang dengar cam ckp jerman, kadang cam ckp siam. Kadang2 cam dengar dia speaking he he he.
Kalau tunjuk buku gambar ikan 'pisshhh' dia kata..bersepai2 ayaq lioq. Dog, ok la tau dog....tp rabbit ka cat ka, rupa lebih kurang kucing ja semua 'cat' jadinya. 'epan' (elephant), bird haa ni jelas dia sebut bird.
Haritu jatuh 'auuw akitnyer'...ckp apa pun semua ada 'nyer' kat belakang. 'emm tedapnyer' hahahah ni comei sungguh rupanya kalau dia ckp sedap. Ngan geleng2 kepala lagi. Sedap sgt la kot kan. Kalau nak bodek 'emm atiknyer' (cantiknyer)....alahai sweetnya.
Dia ni suka sungguh kacau kakak. Kalau ambik barang2 kakak, org tanya sapa punya dia akan ckp 'akak nyer'. Gado tak yah cerita la. Yg si adik ni kuat la sgt menyakat kakaknya. Garang pun ya. Salah skit je dia nak 'boh' kakak dia. Yg kakaknya pulak kadang alahai lemah lembik. Selalu la kena buli dengan si adik. Tp bila suruh say sorry kat kakak laju ja dia p salam siap cium2 pipi kakaknya....biasalah gado adik beradik. Tp kadang2 tengok best jugak. Kadang2 ja rasa nak hantuk2 kepala dua2 sekali hhahaahahahaha.



Sedang org tak ramai boleh la.....baris la nak bagi Esha ngan Elyn naik.
Sementara tunggu nak naik buaian tu, sebelah tu ada stage. Tengok la ada minah2 saleh ni. Tak tau la apa pertandingan ke show apa nih. Tp gila2 kurus semua minah2 ni. Tinggi saya ja lebih kurang. Nampak lagi tinggi bila kasut depa semua 3 inci lebih....lentik2 semua jdnya..ada yg mcm anak patung...lawa. Nak baca apa yg tulis kat selempang diorang pun tak smpat.
Bila smpai turn nak naik buai pusing tu tetiba rasa mcm tak confident pulak nak biar Esha sorang ja jaga Elyn. So Mamanya pun naik la sama. Hoohhh sungguh la saya sangat berat. Senget buai tu ok bila saya duduk.....terus amoi tu suruh saya duduk tengah2 nak bagi balance. Walaupun Esha ngan Elyn dok seblah, saya duduk sebelah, tp sikit pun tak memberi kesan..hahahah saya duduk saja terus senget tuu..keji sungguh buai nih. Kesudahannya saya kena duduk betul2 tengah2 nak bagi balance. Dah la nak masuk pintu tu puas la jugak saya adjust bontot agar tak sangkut..hahahahahaha...Yalah namapun mainan budak2 kan....
Elyn ni mcm ada gayat jugak la. Macam mama..hahaha....nak berdiri pun gigil2...kena pegang. Esha selamba ja. Dia memang suka benda2 mcm nih.....masa pg genting dulu naik roller coster berkali2 dia boleh bantai gelak2...org dah menjerit cam nak pengsan....
Lapar, singgah makan, lepas tu sambung jalan2 lagi. Cik Li memang kaki berjalan. Selalunya Cik Jah yg tak larat ngikut dia. Tp harini larat pulak merayap dari satu floor ke satu floor. Belek itu belek ini. Bukan beli pun. Masuk kedai tu kedai nih...
Heheh nak tau Elyn terpegun tengok apa?.
Clownnnn.
Ingatkan org ni pakai baju clown untuk dia nampak besar, tp dia memang BESARRR.....dan tinggi. Tengok dia duduk pun sama tinggi ngan org yg berdiri tu.
Tak takut pulak dia kali ni. Selalunya Esha ja suka clown2 nih. Elyn dari jauh dah menangis. Tp kali ni sebab nak belon punya pasal sanggup la tunggu tu. Tengok dia punya terdongak cemana.
Puas kakak pegang dia. Jemu tunggu uncle tu belit belon lama sangat, dia nak lari dah hahaha.
Ok dah dpt sorang satu. Elyn dpt 'flower', Esha dpt pink panther.
Balik dari Sunway Piramid, kami ke Giant Puchong. Sebab selalunya kat situ kalau weenend, susu, pampers murah. Dah beli2 barang susu, barang dapor skit. Cik Li buat lawak ajak pegi IOI pulak...errkk sungguh ka ni, tak penat ka pun?. Tp sebab ada urusan juga di Maxis centre pegi la jugak. Kali ni smpai terus tuju ke Maxis saja. Dah siap terus balik.
Elyn balik memang pengsan tak ingat dunia dah. Lap2 badan, tukar baju pun dah tak heran...
Rasa nak pengsan dah....nasib harini Ahad...boleh tido, tido dan tidooo lagiiii.
Sila jamu mata tengok gambar laksa yg cafe saya jual, murah saja RM 2.50. Sedap. Tp saya bukan nak cerita pasai laksa, saya nak cerita pasal teloq yg ada dlm laksa ni.
Org kedah memang sebut kasar skit...teloqq bunyinya..hahahahaha ganazz oo bunyi.
Sapa pernah dengar, kalau rebus teloq kita kena kacau2????..hkahkahkahkahka ni kak abok la nih...dia kata rebus teloq kena kacau. Kesahnya masa balik kg. haritu, kami buat la nasik lemak. Lepas tu dia soh Cik Jah rebus teloq. Dah lama pastu dia kata 'hang kacau dak g?'..'kacau apa?' Cik Jah tanya. 'Kacau la teloq tu', dia jwb....sekali Maktok kata 'selama aku idop nih, dok masak, tak pernah pulak aku rebuih teloq kena kacau'. Wakakhakhakhkahkahkahak.....serius lawak ok. Kalau dengaq cara Maktok ckp lagi lawak....kering ja dia boh sedaass.
Pehtu, Kak Abok pun jwb dia dpt petua tu dari mertua dia ka ipar dia ntah. Katanya kalau kacau teloq waktu agak2 dah separuh masak, nanti teloq kuning tu duduk elok kat tengah2...hmm ok ok boleh cuba....
Ni pulak pemberian kawan saya Cik Madu. Sempena birthday saya bulan 10 haritu. Voucher di Focus Point untuk brand Crocodile. Saya bercadang nak buat cermin mata S.Jibeng (spek itam daa) untuk kegunaan waktu driving. Sebab power mata saya agak tinggi dan silau pun tinggi, so cam perlu la juga spek SJibeng ni. Selama ni saya belasah ja spek rabun saya tu waktu driving. Tp kalau ada cahaya aduuiii tak tahan....
Setelah disurvey, malangnya tiada yg berkenan dihati......Cik Madu kata, bagi jalah kat sesiapa yg nak. Kalau tidak rugi, tarikh tamatnya 31.12.08...Akhirnya voucher itu jd rezeki kawan opis saya Shikin.....dia pun dah mula rabun. Makin tua memang macam tu khakhakhakhaka.....